PETALING JAYA: Eksport negara dijangka meningkat tidak lama lagi susulan terdapat peningkatan ketara dalam import barangan pengantara dari Disember 2023 hingga Jun 2024, kata TA Securities. Firma penyelidikan itu berkata, mereka mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 7.0 peratus, manakala 10.6 peratus bagi import pada tahun ini. “Barang perantaraan ialah komponen penting yang digunakan dalam pembuatan produk akhir. “Peningkatan dalam import ini menunjukkan pengilang Malaysia sedang meningkatkan pengeluaran, bersiap sedia memenuhi permintaan yang lebih tinggi untuk barangan siap di dalam dan di luar negara,” katanya dalam satu nota penyelidikan. Bagaimanapun, TA Securities berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya