Dua pembeli hartanah UDA bawa pulang Perodua Ativa - Utusan Malaysia

Dua pembeli hartanah UDA bawa pulang Perodua Ativa

Suasana cabutan pemenang Kempen Hartanah UDA Ria 2023 yang dilaksanakan oleh barisan pengurusan UDA secara fizikal dan peserta yang terdiri daripada pembeli hartanah UDA yang layak hadir secara virtual menerusi platform dalam talian Microsoft Teams. Sesi tersebut turut dipancarkan secara live streaming di Facebook rasmi UDA Property.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pembeli hartanah bertuah UDA Holdings Berhad (UDA) membawa pulang Perodua Ativa setiap seorang yang merupakan hadiah utama bagi cabutan bertuah sempena Kempen Hartanah UDA Ria 2023.

UDA dalam kenyataannya berkata, selain itu, empat pemenang menerima pakej percutian ke Dubai, Pulau Nami, Pulau Bali dan Pulau Semporna dan lima lagi pemenang mendapat pakej penginapan di rangkaian AnCasa Hotels & Resorts.

Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti itu turut memberikan kad minyak Petronas RM100 kepada 50 pemenang dan kad Touch n Go RM50 kepada 50 lagi pemenang.

Seramai 455 pembeli hartanah UDA yang layak telah menyertai cabutan bertuah sempena Kempen Hartanah UDA Ria 2023 yang berlangsung dari 7 Julai 2023 hingga 6 Julai 2024.

Kebanyakan pembeli adalah dari Lembah Klang (36 peratus) dan wilayah selatan (35 peratus), manakala 27 peratus dari wilayah utara dan baki dua peratus dari wilayah timur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany berkata, beliau mewakili ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan serta warga kerja Kumpulan UDA merakamkan penghargaan kepada para pembeli produk hartanah UDA sama ada kediaman mahupun komersial.

“Terima kasih atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan untuk kami terus komited dalam mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia,” katanya.

Cabutan dan pengumuman bagi keseluruhan hadiah berjumlah sekitar RM200,000 kepada 111 pemenang itu diadakan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung secara hibrid di Dewan Serbaguna Tingkat 9, Ibu Pejabat UDA di Blok Menara Kompleks Pertama.

Cabutan dilaksanakan oleh barisan pengurusan UDA secara fizikal dan peserta yang terdiri daripada pembeli hartanah UDA yang layak hadir secara virtual menerusi platform dalam talian Microsoft Teams.

Sesi tersebut turut dipancarkan secara live streaming di Facebook rasmi UDA Property.

Kempen Hartanah UDA Ria 2023 yang mengetengahkan variasi rangkaian produk hartanah sesuai untuk semua generasi itu telah mencatatkan jualan berjumlah RM276 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya