Delegasi Malaysia tarik pelaburan RM1.5b dari Oman - Utusan Malaysia

Delegasi Malaysia tarik pelaburan RM1.5b dari Oman

Pro Canselor Unisza,Tunku Noorudin (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Madani Research Centre, Mohd Azmi (dua dari kanan) berbincang isu-isu kerjasama dua hala dengan TYT Sheikh Abdulaziz Saif Al Hosni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Delegasi dari Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM1.5 billion dalam lawatan mereka ke Oman untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Madani Research Centre, Mohd. Azmi Mat Nayan berkata, perbincangan juga menyentuh mengenai kerjasama dalam penyelidikan, kecerdasan buatan (AI) dan pertukaran pelajar antara kedua-dua negara, menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh hubungan dua hala.

“Lokasi strategik Oman sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah bagi syarikat Malaysia, manakala Malaysia pula sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN, menawarkan titik permulaan yang berharga untuk pembangunan serantau yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

“Hasil daripada lawatan ini dijangka akan menjana RM1.5 bilion dalam nilai dagangan, dengan beberapa memorandum persefahaman (MoU) di antara syarikat Malaysia dan Oman dalam pelbagai bidang dan kerjasama pelaburan akan dimeterai tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Lawatan kerja tersebut diadakan atas jemputan kerajaan Oman di bawah kepimpinan Raja Oman iaitu Sultan Haitham bin Tariq Al Said.

Antara perkara yang dibincangkan merangkumi pelbagai agenda penting dan pertemuan dengan menteri-menteri utama Oman telah membuka peluang kerjasama dalam pelbagai sektor seperti industri minyak dan gas, pertanian, pendidikan, pembinaan infrastruktur serta logistik.

Oman Investment Authority yang menguruskan dana pelaburan berjumlah RM95 billion juga telah menawarkan usaha sama pelaburan melalui kaedah dana padanan pelaburan yang dinamakan Dana Masa Depan (Future Fund) untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya