KUALA LUMPUR : Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang berpandangan ke hadapan dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak Asean tahun depan. Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Seri Tengu Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perdagangan antara ASEAN pada masa ini berada pada kadar 20 peratus. Katanya, DEFA dijangka dapat meningkatkan nilai dagangan e-dagang antara negara-negara ahli, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). “Salah satu cara untuk meningkatkan perdagangan antara Asean adalah melalui peningkatan perdagangan elektronik digital dan ini akan membantu PKS, terutamanya apabila kita berdagang lebih banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya