CBP teruskan kempen PULIH 2.0 - Utusan Malaysia

CBP teruskan kempen PULIH 2.0

KHAIRIL ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) meneruskan inisiatif Kempen PULIH 2.0 dengan menyasarkan pelanggan yang menghadapi masalah pengurangan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan asal.

Kempen PULIH yang mula diperkenalkan pada 2023 itu memfokuskan kepada pelanggan pembiayaan peribadi ini bermula 1 Jun sehingga 31 Disember ini.

Ia merupakan inisiatif yang dirangka oleh CBP sebagai tanda keprihatinan kepada pelanggan serta langkah bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelanggan dengan hanya membayar separuh (50 peratus) daripada ansuran asal pembiayaan selama tiga tahun (36 bulan)sekiranya permohonan diluluskan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kempen tersebut diteruskan pada tahun ini sebagai satu inisiatif dalam membantu pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan denganpenyedia perkhidmatan kewangan pelanggan.

“Kempen PULIH 2.0 yang diteruskan pada tahun ini ditambah baik dengan menurunkan peratus pengurangan pendapatan pelanggan daripada 25 peratus pada tahun 2023 kepada 10 peratus bagi tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kriteria pelanggan CBP yang layak untuk memohon Kempen PULIH 2.0 adalah bukan seorang yang muflis atau bankrap, tidak berkemampuan untuk mengurus hutang, pendapatan terjejas, mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif (bekerja atau berhenti kerja dan mempunyai baki bersih positif) serta tidak memperolehi award tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau penghakiman saman sivil.

Menurut Khairil Anuar, CBP berharap dengan inisiatif yang dirangka ini dapat membantu serta meningkatkan kesedaran kepada para pelanggan dalam menguruskan kewangan.

“Kami sentiasa komited melaksanakan inisiatif bersepaduserta mempelbagaikan pendekatan mesra pelanggan untuk membantu pelanggan-pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan.

“Antaranya ialah mengadakan kempen-kempen yang akan memberi manfaat istimewa kepada pelanggan CBP,” katanya.

Bagi pelanggan yang berminat mengenai Kempen PULIH 2.0 boleh menghubungi RecoveryDepartment CBP di talian 03-41442750 / 03-41442650 – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN