CBP terima penarafan A3 RAM Ratings - Utusan Malaysia

CBP terima penarafan A3 RAM Ratings

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menerima penarafan A3/Stable/P2 daripada RAM Ratings, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, penarafan yang diterima daripada RAM Ratings secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi jenama CBP dalam industri kewangan Malaysia.

“Pengiktirafan ini menjadi satu lonjakan kepada CBP untuk mengukuhkan lagi jenama CBP
di Malaysia dan secara tidak langsung dapat bersaing secara sihat dengan institusi kewangan yang lain.

“Selain itu, penarafan ini juga dilihat dapat membina keyakinan orang ramai dan juga pelabur terhadap CBP,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa sama, beliau berkata, dengan penarafan tersebut secara tidak langsung dapat menarik dan menyakinkan pelabur dan CBP di dalam perancangan untuk menerbitkan sukuk bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan CBP.

“CBP telah menunjukkan prestasi perniagaan yang memberangsangkan dalam tiga tahun kebelakangan ini dari segi keuntungan dan jumlah aset keseluruhan.

“Dengan adanya produk dan perkhidmatan perbankan yang pelbagai di CBP di samping pengenalan beberapa produk dan perkhidmatan baharu, kami yakin dapat menarik lebih ramai pelanggan-pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia,” ujarnya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, CBP telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM120.56 juta yang pertama kali direkodkan sejak penubuhannya dengan jumlah aset sebanyak RM10.87 billion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya