BMW Malaysia perkenal BMW X4 xDrive30i M Sport Pro - Utusan Malaysia

BMW Malaysia perkenal BMW X4 xDrive30i M Sport Pro

BMW X4 xDrive30i M Sport Pro M
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Malaysia memperkenalkan BMW X4 xDrive30i M Sport Pro yang dipertingkatkan dengan set kelengkapan baharu yang komprehensif berharga bermula RM399,800 di atas jalan tanpa insurans.

Menurut kenyataan, penambahbaikan itu hadir dua tahun selepas coupe aktiviti sukan (SAC) premium bersaiz sederhana pemasangan tempatan ini dilancarkan di Malaysia.

“Kemasan luar BMW X4 xDrive30i M Sport Pro kini menampilkan garis bayang lampu M, yang menambah dimensi baharu pada lampu hadapannya melalui reka bentuk gelap terhadap elemen krom terpilih.

“Kereta mewah ini turut dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Aktif (ACC) dengan fungsi Stop&Go di samping Sistem Bantuan Pemanduan sedia ada.

“ACC berfungsi untuk memudahkan pemandu dalam trafik yang mengalir dengan melaraskan kelajuan yang diingini dan menetapkan jarak pengekalan antara kenderaan.

“Penyepaduan fungsi ‘Stop&Go’ telah memperluaskan aplikasi sistem ini, membolehkan kenderaan berhenti sepenuhnya jika perlu.

“Selain itu, BMW X4 xDrive30i M Sport Pro juga menampilkan telefoni dengan pengecasan tanpa wayar,” katanya.

Kereta itu boleh dimiliki dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada Perkhidmatan Kewangan Kumpulan BMW Malaysia.

“BMW X4 xDrive30i M Sport Pro boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM5,312 berdasarkan pelan ‘Easy Drive’ lima tahun dengan perbatuan 100,000 kilometer pada 80 peratus jumlah pinjaman.

“Pelanggan juga boleh mendapat manfaat rebat tunai RM6,000 apabila mendaftar untuk Pembiayaan Easy Drive sehingga 30 September 2024 tertakluk kepada terma dan syarat.

“Bagi Pelan Pembiayaan Straight-Line daripada Perkhidmatan Kewangan Kumpulan BMW Malaysia pula pelanggan boleh menikmati ansuran bulanan bermula daripada RM4,682 berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman untuk tempoh tujuh tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN