Awantec terima kontrak RM25.7 juta daripada KPM - Utusan Malaysia

Awantec terima kontrak RM25.7 juta daripada KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Awanbiru Technology Berhad (Awantec) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Awantec Systems Sdn. Bhd. (ASSB) menerima kontrak bernilai RM25.7 juta untuk menyediakan langganan Google Workspace for Education Plus bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Awantec berkata, perjanjian rasmi antara KPM dan ASSB sedang dijalankan.

Menurutnya, di dalam Surat Anugerah (LA), ASSB bakal menyediakan penyelesaian berasaskan awan seperti Google Workspace for Education dan Google Cloud Platform kepada semua sekolah di bawah KPM.

“Tempoh kontrak adalah selama 36 bulan, bermula pada 9 Julai 2024 dan tamat pada 8 Julai 2027.

“Jumlah nilai kontrak adalah RM25,687,684.16 tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan yang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Awantec menyatakan, ASSB komited untuk memenuhi semua kewajipan di bawah LA itu dan memastikan kejayaan projek disiapkan.

“Awantec yakin, dengan adanya kemasukan ASSB ke dalam LA itu, dijangka bakal memberi kesan positif ke atas pendapatan sesaham pada masa hadapan dan aset ketara bersih sesaham syarikat,” katanya.

LA tersebut adalah pembaharuan kontrak yang mana sebelum ini diberikan oleh KPM kepada ASSB bagi pembekalan Perisian G Suite Enterprise bagi sekolah-sekolah di bawah KPM berkuat kuasa dari 9 Julai 2021 hingga 8 Julai 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya