Aura, penapis udara PRISM+ dengan ciri pintar - Utusan Malaysia

Aura, penapis udara PRISM+ dengan ciri pintar

AURA, penapis udara pintar PRISM+ boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan hitam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aura, penapis udara pintar keluaran PRISM+ Malaysia menampilkan kelainan berbanding penapis udara jenama lain dengan ciri termaju yang bersesuaian dengan konsep rumah pintar.

Tidak hanya boleh digunakan secara manual, malah ciri terbaik yang mencipta kelainan berbanding jenama lain adalah ia boleh dikendalikan menerusi telefon pintar menggunakan aplikasi PRISM+ Connect.

Aplikasi PRISM+ Connect membolehkan pengguna memantau kualiti udara secara langsung serta dapat melihat cerapan data dan mencipta rutin automasi yang memudahkan kawalan penapis udara dengan usaha minimum.

“Penapis udara ini juga dilengkapi dengan penapis HEPA H13 dan sensor inframerah yang membolehkan pemantauan kualiti udara secara langsung, sekali gus menjadi penapis gred perubatan yang mampu menapis partikel halus, alergen dan bulu kucing.

“Penapis HEPA H13 yang digunakan itu merupakan penapis gred perubatan yang mampu menapis partikel halus dan alergen.

“Dengan tiga lapisan pertahanan, penapis ini memberikan udara bersih yang memenuhi standard perubatan profesional,” katanya.

Selain itu, reka bentuknya yang kompak amat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik berkeluasan sehingga 182 kaki persegi, malah tidak mengganggu kerana pengoperasiannya yang sangat senyap.

“Ia juga mempunyai teknologi DC Brushless Motor yang digunakan untuk memastikan penapis udara ini beroperasi dengan tenang.

“Penapis udara ini menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih mudah dan selesa serta menjimatkan masa dan membantu pemiliknya menjalani aktiviti harian dengan lebih sempurna,” katanya.

Penapis udara pintar dengan ciri termaju itu boleh dimiliki dengan harga serendah RM379 bagi warna putih (Alphine White) dan RM399 untuk warna hitam (Space Grey). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya