AmanahRaya REIT umum ALFA sebagai penyewa jangka panjang hartanahnya - Utusan Malaysia

AmanahRaya REIT umum ALFA sebagai penyewa jangka panjang hartanahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) mengumumkan pemegang amanahnya, Pacific Trustees Berhad, menandatangani perjanjian penyewaan jangka panjang dengan ALFA International College Sdn Bhd (ALFA) untuk hartanahnya di Subang Jaya, Selangor.

Ini bertepatan penamatan perjanjian penyewaan dengan Kolej Segi pada 28 Februari lalu.

Perjanjian tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting bagi AmanarahRaya REIT dalam usaha sama dengan institusi terkenal dengan program seni cemerlang yang berada di antara institusi pendidikan pilihan di Malaysia.

Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Sdn. Bhd., merangkap Pengurus kepada AmanahRaya REIT, Tunku Rozita berkata, hartanah itu dijangka menjana aliran pendapatan yang konsisten dengan pengembalian sewa positif setiap tiga tahun, yang akan memberi manfaat kepada pemegang unit.

“Kami ingin terus mengekalkan aset tersebut sebagai asas pendidikan dan sumbangan kepada elemen sosial serta pada masa yang sama melaksanakan strategi pengagihan semula aset untuk meningkatkan Agihan Seunit (DPU) dan harga saham kami, masing-masing.

“Reputasi ALFA sebagai institusi pendidikan yang berkualiti adalah sejajar dengan visi kami. Kami yakin ia akan menyumbang dengan ketara kepada kejayaan hartanah ini serta meningkatkan pendapatan harta bersih AmanahRaya REIT,” katanya dalam kenyataan.

Perjanjian penyewaan dengan ALFA merangkumi tempoh sewaan selama 18 tahun pada pengaturan sewaan bersih dan dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.

Hartanah tersebut terletak di kawasan perniagaan komersial Subang Jaya di USJ1, kira-kira 15 kilometer barat daya daripada pusat bandar itu mempunyai bangunan 12 tingkat yang dibina khas untuk tujuan pendidikan dan adalah pegangan bebas.

Sehingga kini, AmanahRaya REIT menyelia portfolio merangkumi 11 hartanah di seluruh negara, meliputi sektor pendidikan, pejabat, perindustrian, peruncitan, hospitaliti dan kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya