Akbar Moidunny Presiden baharu MAICSA - Utusan Malaysia

Akbar Moidunny Presiden baharu MAICSA

Akbar Moidunny
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Akbar Moidunny dilantik sebagai Presiden Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA) yang baharu menggantikan Simon Yeoh.

MAICSA dalam kenyataan berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAICSA, Justin J Anthony turut mengesahkan pelantikan Dipak Kaur sebagai Timbalan Presiden dan Dr. Nandita Choudhury sebagai Naib Presiden.

“Semasa mesyuarat majlis tertinggi tersebut, Datuk Akbar Moidunny berkongsi visi kepimpinannya iaitu untuk terus menekankan komitmen MAICSA dalam memacu peranan setiausaha bertauliah dan profesional tadbir urus.

“Pelan tindakan beliau, termasuk memimpin MAICSA ke hadapan dengan meningkatkan pembangunan profesional dan pendidikan, menggalakkan tadbir urus yang baik dan amalan beretika.

“Selain itu, beliau turut akan mengukuhkan penglibatan dan sokongan ahli, meluaskan pengaruh dan sokongan MAICSA, memanfaatkan teknologi untuk inovasi, serta memupuk budaya keterangkuman dan kepelbagaian,” katanya.

Jelasnya, Datuk Akbar Moidunny mengetuai syarikat MINC Malaysia sejak 1986 sebagai Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah mengetuai syarikat itu dalam perkhidmatan perundingan setiausaha korporat dan tadbir urus kepada lebih 1,000 syarikat.

“Dengan lebih 37 tahun pengalaman profesional, beliau telah terlibat dalam pelbagai aspek kesetiausahaan, termasuk perundingan, penstrukturan semula, dan usaha wajar (due diligence) untuk syarikat-syarikat multinasional dan tempatan.

“Beliau juga aktif berceramah di forum mengenai perundangan korporat dan juga berperanan sebagai orang tengah dalam pertikaian korporat.

“Beliau turut merupakan ahli Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam Malaysia.

Dalam mesyuarat majlis tertinggi tersebut, turut diumumkan barisan ahli majlis tertinggi MAICSA bagi penggal baharu 2024.

“Barisan itu termasuk Profesor Madya Noorbijan Abu Bakar sebagai Setiausaha Kehormat, Lee Mi Ryoung (Bendahari Kehormat), Simon Yeoh (Presiden Terdahulu), dan Datuk Suseela Menon sebagai Presiden Lalu (Past President).

“MAICSA juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Datuk Suseela Menon telah dipilih sebagai wakil MAICSA ke Chartered Governance Institute (CGI) UK.

“Ahli majlis-majlis yang lain ialah Samantha Tai dan Ivy Chin serta mengalu-alukan kedatangan ahli majlis baharu iaitu Dr. Mazlan Ahmad, Maheswari Kanniah dan Intan Nabilaa Idrus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya