AEON Credit catat untung bersih RM106.41 juta - Utusan Malaysia

AEON Credit catat untung bersih RM106.41 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) dan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM144.83 juta dan RM106.41 juta pada suku pertama berakhir 31 Mei 2024, masing-masing meningkat 9.8 peratus dan 7.1 peratus.

Pertumbuhan itu didorong oleh pengembangan hasil yang kukuh, sebahagiannya diimbangi oleh kerugian rosot nilai yang lebih tinggi ke atas pembiayaan penghutang dan perbelanjaan operasi.

Prestasi memberangsangkan itu daripada pertumbuhan hasil 15.4 peratus kepada RM522.26 juta bagi suku dalam tinjauan, didorong oleh perkembangan kukuh dalam pinjaman dan pembiayaan.

AEON Credit dalam kenyataan berkata, jumlah urus niaga dan pembiayaan kumpulan itu bagi Q1FYE25 meningkat 7.8 peratus kepada RM1.98 bilion, dipacu oleh peningkatan permintaan dalam perniagaan pembayaran.

Menurutnya, permintaan pasaran yang kukuh dan kempen pemasaran strategik berkesan mendorong peningkatan pembiayaan kenderaan sekaligus juga menyumbang kepada kenaikan peratus urus niaga AEON Credit.

“Sejajar dengan itu, penghutang pembiayaan kasar meningkat 12.8 peratus kepada RM12.65 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2025 daripada RM11.22 bilion yang dicatatkan pada suku pertama 2024,” katanya.

Sementara itu, AEON Credit memaklumkan, Nisbah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) berkurangan kepada 2.46 peratus pada suku pertama tahun kewangan 2025 berbanding 3.13 peratus pada suku sama tahun sebelumnya.

“Nisbah perlindungan kerugian pinjaman berada pada 222 peratus, berbanding 227 peratus pada suku yang sama tahun lepas,” kata kenyataan itu.

Dalam padai itu, AEON Credit berkata, pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan hasil yang kukuh, sebahagiannya diimbangi oleh kerugian rosot nilai yang lebih tinggi ke atas pembiayaan belum terima dan perbelanjaan operasi.

Sehubungan pencapaian hasil pada suku pertama tahun kewangan 2025, AEON Credit optimis mengekalkan momentum perniagaannya dengan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk 2025.

Katanya, kumpulan akan terus berhati-hati dalam pengurusan kos operasi sambil mengekalkan tumpuan terhadap pengurusan risiko kredit dalam portfolio kewangan syarikat.

“Dalam masa sama, kumpulan akan kekal berwaspada dengan keadaan termasuk ketegangan geopolitik sedia ada, tekanan inflasi dan ketidaktentuan yang berterusan dalam pasaran kewangan global,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya