TNB kukuhkan sistem bekalan di Pantai Timur menjelang Aidiladha - Utusan Malaysia

TNB kukuhkan sistem bekalan di Pantai Timur menjelang Aidiladha

Juruteknik TNB menjalankan kerja-kerja
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah memperkukuh sistem rangkaian pembahagian sempena jangkaan penggunaan meningkat pada sambutan Aidiladha yang kebiasaannya lebih meriah di Pantai Timur.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Mahathir Nor Ismail berkata, sebanyak 323 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan merangkumi kerja menaiktaraf kapasiti alatubah pembahagian, membina pencawang baru dan projek pengukuhan sistem voltan rendah.

“Dari segi pembinaan pencawang elektrik, sebanyak 114 lokasi untuk diwujudkan pencawang dikenal pasti dan daripada jumlah itu sebanyak 30 tapak telah diberikan kemasukan awal.

“Baki 84 tapak masih menghadapi isu tanah sekali gus memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pemilik tanah dan pihak berkuasa bagi menyelesaikannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, para pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menggunakan peralatan elektrik termasuk memastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan.

“Di samping itu, pengguna perlu mengamalkan bijak tenaga dengan menggunakan perkakasan cekap tenaga dan secara berhemah.

“TNB juga menasihatkan pengguna untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, ternampak kejanggalan atau mempunyai keraguan berkaitan pepasangan TNB.

“Langkah itu berikutan permintaan penggunaan tenaga elektrik di Pantai Timur, khususnya Kelantan dijangka meningkat sempena Aidiladha dengan ramai perantau merancang pulang berhari raya seperti mana perayaan Aidilfitri, April lalu,” katanya.

Bagaimanapun, rekod TNB menunjukkan gangguan voltan rendah melibatkan pelanggan domestik di Kelantan itu pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini menurun sebanyak 67 peratus sekalipun permintaan tertinggi meningkat sebanyak 27MW kepada 570MW dalam tempoh berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya