Tetra Pak berjaya kurangkan 20 peratus emisi gas rumah hijau - Utusan Malaysia

Tetra Pak berjaya kurangkan 20 peratus emisi gas rumah hijau

Adolfo Orive
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tetra Pak, syarikat pembungkusan makanan terbesar dunia berjaya mengurangkan 20 peratus dalam emisi gas rumah hijau (GHG) merentasi rantaian nilai dan pengurangan 47 peratus dalam emisi GHG di seluruh operasi syarikat sejak 2019, menurut Laporan Kelestarian Tahun Kewangan 2023 mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tetra Pak, Adolfo Orive berkata, pengurangan itu meletakkannya di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran emisi GHG sifar bersih menjelang 2030.

“Ia turut menyokong cita-cita jangka panjang syarikat untuk bekerjasama dengan pembekal, pelanggan, dan pemegang kepentingan lain untuk mencapai emisi GHG sifar bersih di seluruh rantaian nilai menjelang 2050.

“Kerjasama merentasi industri makanan semakin penting untuk membantu kepada populasi yang semakin berkembang secara lestari.

“Kehadiran global kami dan penyelesaian menyeluruh memberi kami peluang untuk bekerjasama dengan pemegang kepentingan di seluruh rantaian nilai, dari petani dan pengeluar makanan, hingga pembekal, pembuat dasar, pengguna dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya memahami tanggungjawab yang datang dengan peranan ini dan tetap komited dalam mengubah sistem makanan dunia untuk memastikan ia lebih selamat, berdaya tahan dan lestari,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, Laporan Kelestarian Tetra Pak juga menonjolkan pencapaian syarikat dalam tahun lalu dan inisiatif berterusan mereka untuk melindungi makanan, orang dan planet.

“Ini termasuk pengembangan Program Pemakanan Sekolah yang membantu 64 juta kanak-kanak di 49 negara mendapatkan akses kepada susu dan minuman berkhasiat lain.

“Syarikat juga mempercepatkan usaha kitar semula, di mana jumlah bungkusan karton yang dikumpul dan dihantar untuk dikitar semula di seluruh dunia meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding 2022.

“Selain itu, terdapat juga peningkatan sebanyak 14 peratus dalam jumlah polyAl yang dihantar untuk dikitar semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya