Tengku Aizan dilantik Pengerusi PPA berkuat kuasa hari ini - Utusan Malaysia

Tengku Aizan dilantik Pengerusi PPA berkuat kuasa hari ini

Dr. Tengku Aizan Binti Tengku Abdul Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pentadbir Pusat Skim Persaraan Swasta (PRS) melantik Datuk Dr. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid sebagai Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta (PPA) baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Ou Shian Waei yang bersara selepas tamat perkhidmatannya selama tiga tahun sejak Jun 2021.

PRS dalam kenyataan itu berkata, Tengku Aizan bertanggungjawab dalam penubuhan Institut Gerontologi di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2002 dan dilantik sebagai pengarah pada 1 April 2002 sehingga November 2015.

“Selepas November 2015, Institut tersebut dinaik taraf sebagai institut kebangsaan dengan nama Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia yang berpangkalan di UPM dan beliau kekal sebagai pengarah sehingga Mei 2020.

“Beliau juga memegang jawatan pentadbiran selama 18 tahun di UPM,” katanya dalam kenyataan.

Jelas kenyataan itu, Tengku Aizan merupakan seorang saintis sosial yang berwibawa dan tokoh berpengaruh dalam bidang gerontologi, terkenal dengan sumbangannya dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan dasar gerontologi di Malaysia dan rantau ini.

“Tengku Aizan telah menjadi Pengarah kepentingan awam dalam Lembaga PPA sejak Jun 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Lembaga turut mengucapkan terima kasih kepada Ou Shian Waei atas komitmennya yang teguh, kepimpinan dalam PPA dan sumbangan yang tak ternilai kepada pertumbuhan PRS selama bertahun-tahun.
“Beliau telah menjadi pengarah kepentingan awam Lembaga sejak penubuhannya PPA, yang merupakan permulaan bagi pelancaran PRS, pada Julai 2012.

“Lembaga PPA berharap agar panduan dan kepimpinan Tengku Aizan dapat berterusan dalam tahun-tahun mendatang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN