PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mempamerkan kecemerlangan pemasarannya dengan memperoleh penghormatan tertinggi di Anugerah MDA d 2024 dan Anugerah MARKies 2024 baru-baru ini.
Menurut kenyataannya, syarikat memperoleh empat kemenangan di Anugerah MDA d, merangkul Emas dalam kategori Digital Out-of-Home (DOOH) Terbaik yang baru diperkenalkan untuk kempen ‘CNY 2023: From Point of Interest to Point of Sales’.
Selain itu, pemaju hartanah turut merangkul tiga anugerah Perak dalam kategori Penggunaan Data Terbaik, Kempen Pemerolehan dan Kesetiaan Pelanggan Digital Terbaik serta Kempen Pemasaran Prestasi Terbaik untuk kempen ‘Serasi: Gone in 60 minutes’.
Dianjurkan oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA), Anugerah MDA d memberi penghormatan kepada bakat yang cemerlang dalam alam digital.
Sementara itu, Sime Darby Property turut memenangi Perak di Anugerah MARKies 2024 untuk kategori Penggunaan Paling Berkesan – Omnichannel untuk kempen ‘Serasi: Gone in 60 minutes’.
Anugerah MARKies 2024 didedikasikan untuk meraikan kempen atau projek yang paling inovatif, kreatif dan berkesan yang menetapkan penanda aras baharu dalam pemasaran prestasi.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah ini, terutamanya bersama rakan dari industri yang berbeza.
“Pencapaian ini adalah bukti pemahaman kami yang baik tentang pelanggan dan kreativiti pemasaran.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para hakim dan penganjur atas pengiktirafan dan mengiktiraf dedikasi kami untuk mencipta pengalaman digital berkesan yang dikehendaki dengan pelanggan kami,” katanya. – UTUSAN