SDM lancar Drivecare, pusat servis sehenti semua segmen dan jenama - Utusan Malaysia

SDM lancar Drivecare, pusat servis sehenti semua segmen dan jenama

ANDREW Basham (empat dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Asia Tenggara, SDM, Jeffrey Gan (tiga dari kiri) semasa majlis pembukaan Pusat Servis Drivecare di Chan Sow Lin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Motors (SDM) melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti yang dibuka khas bagi memenuhi keperluan pemilik kereta daripada semua segmen dan jenama.

Pengarah Urusan SDM, Andrew Basham berkata, inisiatif itu bertujuan menawarkan harga berpatutan, kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan, serta kepakaran juruteknik SDM yang terlatih.

Menurutnya, kumpulannya sedia untuk memperluaskan Drivecare ke semua pasaran Asia Tenggara dan akan diikuti oleh pelancaran meliputi operasi SDM di seluruh rantau Asia Pasifik.

“Perluasan strategik ini menekankan komitmen tidak berbelah bahagi SDM dalam menawarkan perkhidmatan automotif yang boleh dipercayai dan mudah didapati.

“Dengan memanfaatkan kepakaran automotif SDM dan kelengkapan yang canggih, Drivecare menjanjikan pengalaman luar biasa bagi perkhidmatan dan penyelenggaraan kereta pada harga lebih berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan Drivecare boleh menikmati kemudahan yang lebih baik, ruang kerja teratur dan ruang menunggu yang selesa.

“Justeru, penyediaan kemudahan terkini dan peralatan canggih di Drivecare memastikan setiap kenderaan mendapat perhatian dan penjagaan rapi daripada pasukan juruteknik yang berpengalaman,” katanya.

Kemudahan Drivecare turut disokong Sime Darby Auto Selection iaitu jenama dipercayai SDM bagi kenderaan pramilik dengan menawarkan pilihan kos rendah untuk membeli kereta baharu.

Pelanggan boleh mengunjungi pusat servis rasmi Drivecare di Lot 33 Glenmarie dan Chan Sow Lin dan nikmati promosi istimewa bermula sekarang hingga 31 Julai.

Katanya, pelanggan juga dapat memperoleh jaminan untuk alat ganti dan mutu kerja bagi semua jenama bermula dari enam bulan ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Antaranya termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun 20 peratus untuk caj alat ganti dan buruh, seta set bilah pengelap cermin dengan setiap penggantian cermin
depan.

“Semua servis dalam tempoh promosi akan menerima khidmat cucian kereta dan satu produk Liqui Moly dan secara percuma,” katanya.

Dalam pada itu, Drivecare turut menawarkan promosi tempoh terhad bagi pelanggan yang menghantar dua kenderaan untuk diservis.

Katanya, seramai 100 pelanggan pertama yang membawa kereta kedua untuk servis bakal menikmati diskaun 50 peratus bagi minyak enjin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya