SD Guthrie mampu raih peningkatan lima hingga 10 peratus dalam RE - Kenanga - Utusan Malaysia

SD Guthrie mampu raih peningkatan lima hingga 10 peratus dalam RE – Kenanga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengunjurkan SD Guthrie mampu meraih peningkatan hasil sebanyak lima hingga 10 peratus dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang susulan penglibatan dalam perusahaan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Menurut firma penyelidikan itu, ladang solar SD Guthrie menonjolkan penggunaan tanah alternatif yang menguntungkan dalam sektor perladangan tetapi impak kepada sektor dijangkakan terhad kerana kebanyakan syarikat perladangan berkemungkinan besar akan terus menumpukan kepada menanam kelapa sawit.

“Walaupun kita menggandakan kapasiti pengeluaran tenaga solar sekarang sebanyak 26 gigawatt (GW) kepada 52GW, tanah kawasan permukaan yang diperlukan hanya 40,000 hektar (0.04 juta hektar).

“Sebagai perbandingan, kawasan kelapa sawit yang ditanam di Malaysia adalah seluas 5.65 juta hektar pada tahun 2023. Sasaran Malaysia melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) untuk kapasiti solar adalah 7GW menjelang tahun 2035.

“Walau bagaimanapun, ladang solar dapat membuktikan penggunaan yang menguntungkan untuk beberapa tanah terpilih bagi syarikat perladangan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Menurut Kenanga Research, secara umumnya, firma penyelidikan itu berkata, pemilik tanah seperti syarikat perladangan boleh terlibat dalam lodang solar melalui dua cara utama laitu yang pertama ialah menyewakan tanah ladang mereka.

“Model sewa. Menyewakan tapak yang sesuai atau tidak produktif kepada ladang solar adalah mudah. Sebuah ladang solar 1GW akan memerlukan kira-kira 1,500 hektar, berpotensi memberikan pendapatan sewa tahunan selepas cukai sebanyak RM15 hingga RM20 juta.

“Sebuah ladang kelapa sawit yang berukuran sama hanya akan menghasilkan separuh daripada pulangan dalam lima tahun yang lalu walaupun penanam yang lebih baik mendapat pendapatan tahunan sebanyak RM10 hingga RM15 juta,” katanya.

Selain itu,cara kedua, adalah membangun dan menjadi pemilik ladang solar sendiri yang merupakan pilihan yang lebih menguntungkan.

“Pulangan selepas cukai boleh mencapai RM100 juta setahun untuk kapasiti solar 1GW.

“Memandangkan ramai penanam yang disenaraikan mempunyai modal yang cukup, ini kemungkinan besar akan menjadi pilihan mereka, walaupun mungkin tidak sebesar 1GW yang memerlukan modal awal sebanyak RM2 hingga RM3 bilion untuk ditubuhkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya