PETALING JAYA: Pengeluar pembungkusan global dan pemaju hartanah, Scientex Berhad (Scientex) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM130.5 juta pada suku ketiga berakhir 30 April 2024, berbanding RM109.8 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan sebanyak 18.9 peratus tersebut hasil sumbangan yang lebih baik merentasi bahagian pembungkusan dan pembangunan hartanah. Bagi suku sama, hasil kumpulan meningkat 11.1 peratus kepada RM1.1 bilion daripada RM997.1 juta sebelumnya. Scientex berkata, bahagian hartanah menerajui pertumbuhan keseluruhan suku tinjauan dengan pendapatan segmen meningkat 24.7 peratus kepada RM451.1 juta, didorong oleh kemajuan pembinaan yang stabil untuk pembangunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya