Rahman Mohd. Din dilantik CEO IIM - Utusan Malaysia

Rahman Mohd. Din dilantik CEO IIM

Rahman Mohd. Din
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rahman Mohd. Din telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Nor Yahati Awang yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada Mac lepas.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Rahman memegang jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Johor.

IIM berkata, Rahman mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1994 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah berkhidmat di pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pejabat setiausaha kerajaan negeri seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

“Selain itu, beliau juga berkhidmat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU); Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Rahman memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2006. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN