Pusat BYD sulung dibuka di Hartamas Shopping Centre - Utusan Malaysia

Pusat BYD sulung dibuka di Hartamas Shopping Centre

LIANG Xin Yue (empat dari kiri) bersama Ketua, Operasi Jualan BYD Malaysia, Chen Han Sern (tiga dari kiri) semasa Majlis Pelancaran Pusat BYD Hartamas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harmony Auto, kumpulan pengedar kenderaan terkemuka dari China melancarkan Pusat BYD yang pertama di Hartamas Shopping Centre dengan keluasan ruang sekitar 8,000 kaki persegi.

Kumpulan pengedar kenderaan terkemuka dari China itu berkata, Pusat BYD itu menyediakan pelbagai kemudahan yang diwujudkan untuk memperkaya pengalaman pelanggannya.

“Ia antara lain terdiri daripada ruang pamer kenderaan yang cukup luas, ruang menunggu yang mewah, bilik rundingan khas serta ruang serahan kenderaan.

“Ruang menyambut pelanggan bagi urusan lepas jualan menggabungkan reka bentuk moden dengan proses servis khusus untuk setiap pelanggan dan bersambung terus dari tempat letak kereta pusat beli-belah.

“Selain itu, terdapat enam tempat letak kereta turut tersedia di luar dengan setiap satunya dilengkapi empat pengecas untuk dimanfaatkan oleh pemilik BYD,” demikian menurut kenyataan.

Jelasnya, BYD berdedikasi menyediakan penyelesaian mobiliti hijau termaju di seluruh dunia dengan sokongan dasar kerajaan yang menggalakkan, pasaran kenderaan tenaga baharu di Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar.

“Oleh itu, kerjasama dengan Harmony Auto akan membantu mempopularkan kenderaan tenaga baharu di Malaysia yang sejajar dengan matlamat negara untuk pengangkutan mapan.

“Ketika ini, model BYD yang dijual di pasaran Malaysia ialah BYD Atto 3, BYD Dolphin dan BYD Seal.

“Sempena perasmian ini, Harmony Auto turut menyerahkan 10 unit BYD kepada pelanggan terbaharunya sebagai memenuhi janji penghantaran kereta dalam tempoh segera.

Dalam pada itu, Pengurus Besar BYD Asia-Pasifik, Liang Xinyue berkata, pembukaan Pusat BYD itu bukan sahaja membawa aura segar ke pasaran Malaysia, tetapi turut menyuntik momentum baharu dalam memperkenalkan mobiliti hijau di Malaysia.

“Lokasi itu sesuai kerana ia menawarkan kemudahan membeli-belah produk BYD, sekali gus memudahkan urusan servis kereta pelanggan.

“Saya percaya pelanggan BYD di Hartamas dan kawasan sekitar semakin bertambah jumlahnya dan pembukaan pusat baharu ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ingin mencari kenderaan mesra alam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya