PropertyGuru lancar startegi kelestarian 'Gurus For Good' - Utusan Malaysia

PropertyGuru lancar startegi kelestarian ‘Gurus For Good’

Dr Nai Jia Lee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PropertyGuru Group Limited (PropertyGuru) melancarkan Gurus for Good iaitu strategi kelestariannya yang memanfaatkan data dan analitik untuk membuat keputusan yang tepat bagi masa depan yang lestari.

Ketua Pegawai Pemasaran, PropertyGuru Group, Disha Goenka berkata, kelestarian sentiasa menjadi sebahagian penting daripada pendekatan PropertyGuru.

“Visi kami adalah memberi kuasa kepada komuniti untuk hidup, bekerja dan berkembang di bandar-bandar masa hadapan dalam mencerminkan cita-cita menjadi peserta aktif menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh komuniti, melalui perniagaan dan strategi itu.

“Melalui komuniti yang berkembang, PropertyGuru memberi tumpuan kepada usaha mencipta produk inklusif melalui sistem reka bentuk yang boleh diakses dan polisi sifar toleransi terhadap diskriminasi,” katanya semasa sesi perkongsian maya bagi Laporan Kelestarian PropertyGuru Group, di sini.

Beliau berkata, sektor hartanah yang bertanggungjawab kira-kira 40 peratus daripada pelepasan karbon dioksida global memainkan peranan penting dalam tindakan iklim.

“Sebagai pemimpin pasaran serantau, PropertyGuru berdedikasi untuk menyumbang kepada usaha kolektif ini dengan secara aktif bekerja untuk mengurangkan jejak pelepasan gas rumah hijau (GHG).

“Pada tahun 2023, PropertyGuru menilai GHG untuk lebih memahami kesan alam sekitar. Kawasan utama yang dinilai termasuk perjalanan perniagaan, perkhidmatan awan, dan amalan berulang-alik dan telekomunikasi pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai peningkatan harga minyak diesel terhadap harga hartanah, Ketua Perisikan Hartanah, Data dan Penyelesaian Perisian PropertyGuru Group Dr. Lee Nai Jia berkata, ia masih terlalu awal untuk menentukan kesan dari peningkatan tu melalui perspektif teori ekonomi dalam bidang hartanah.

“Daripada data yang kami perhatikan, masih awal untuk melihat kesan yang jelas daripada peningkatan harga minyak diesel itu kerana ia mempengaruhi pelbagai faktor seperti pengangkutan dan kesesakan.

“Faktor-faktor ini sudah tentu mempengaruhi kesesuaian hidup di beberapa pembangunan, kerana kos pengangkutan yang lebih tinggi boleh menyebabkan orang berpindah dan perubahan ini pasti akan mempengaruhi trend pembangunan,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, apabila berkaitan dengan harga, situasinya lebih kompleks dan bergantung kepada pelbagai faktor.

“Terdapat aspek tingkah laku yang perlu dipertimbangkan kerana orang ramai mungkin menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza dan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi bekalan.

“Oleh itu, walaupun kita boleh menjangkakan beberapa kesan ke atas pembangunan akibat kos pengangkutan yang lebih tinggi, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan pasti tentang trend harga.

“Ini adalah situasi yang terus berkembang yang memerlukan pemerhatian dan analisis lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya