Permintaan air tinggi dari pusat data tak jejas bekalan umum - Utusan Malaysia

Permintaan air tinggi dari pusat data tak jejas bekalan umum

Abas Abdullah (tengah) pada sidang sidang media Laporan Kelestarian buat tahun keempat di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Margin rizab air dan bekalan air kepada umum tidak terjejas dengan peningkatan permintaan daripada pusat-pusat data di Lembah Klang, kata Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abas Abdullah berkata, pihaknya telah menerima beberapa permohonan untuk bekalan air pusat-pusat data tersebut terutamanya di Setia Alam di Selangor, Bukit Jalil (Kuala Lumpur) dan Cyberjaya. ‘

“Berdasarkan unjuran kami sebelum pusat data ini masuk, kami telah melaksanakan unjuran permintaan bekalan air dan telah menyediakan diri untuk mempunyai margin rizab sekurang-kurangnya 20 peratus.

“Ini kerana, Air Selangor harus sentiasa bersedia apabila Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri akan membuat ‘spin off catalyst’ (perubahan)

“Hari ini, secara jujur ​​kami telah menerima permohonan permintaan air daripada pusat data dan kami boleh menyediakan peruntukan kepada pusat data ini tanpa menjejaskan pengagihan air kepada orang ramai,” katanya pada sidang sidang media Laporan Kelestarian buat tahun keempat di sini hari ini.

Difahamkan, secara purata Air Selangor membelanjakan kira-kira RM1 bilion perbelanjaan modal (capex) setiap tahun.

Abas berkata, salah satu inisiatif utama ialah meningkatkan program penggantian paip

“Tahun lepas, program penggantian saluran paip kami meliputi 150 kilometer (km). Mulai tahun ini, kami meningkatkannya kepada 300 km setiap tahun.

“Air Selangor akan memberikan kontrak untuk penggantian saluran paip sepanjang 300 km tahun ini dan merancang untuk meneruskan pada kadar ini sehingga 2034.

“Selain itu, kami menyasarkan untuk meningkatkan penggantian kepada 400 km setiap tahun. Pelan ini direka untuk meningkatkan kebolehpercayaan rangkaian kami,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, purata margin rizab air meningkat secara ketara sebanyak 15.34 peratus berbanding 12.02 peratus pada 2022.

Ini berikutan bekalan tambahan sebanyak 275 juta liter sehari (JLH) dari Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 Koridor Barat bermula 27 Ogos 2023, serta kapasiti agihan tambahan sebanyak 250 JLH oleh LRA Sungai Rasau bermula November 2023 dan dijangka meningkat kepada 17.70 peratus menjelang 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya