PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM246.3 bilion pada Mei 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM128.2 bilion dan RM118.1 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport bernilai RM128.2 bilion pada Mei 2024, meningkat sebanyak RM8.7 bilion (7.3 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Katanya, peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (RM4.6 bilion), Pulau Pinang (RM2.6 bilion), Selangor (RM1.1 bilion), Perak (RM779.7 juta), Sabah (RM711.9 juta), Pahang (RM549.8 juta),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya