Pengguna akan berhati-hati beli kenderaan diesel - MAA - Utusan Malaysia

Pengguna akan berhati-hati beli kenderaan diesel – MAA

BNM jangka inflasi lebih tinggi pada separuh kedua kesan rasionalisasi subsidi diesel - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan pengguna akan berhati-hati dalam membuat keputusan membeli kenderaan menggunakan diesel selepas pelarasan subsidi bahan api itu. 

MAA dalam kenyataan berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan pembelian kenderaan tersebut memandangkan keperluan kenderaan diesel masih diperlukan untuk kegunaan semasa.

“Kami meramalkan bahawa Jumlah volum industri (TIV) tahun ini akan kekal pada tahap yang dirancang kerana permintaan untuk kenderaan diesel komersial, trak pikap dan van masih tinggi. 

“Walau bagaimanapun, kami difahamkan bahawa subsidi yang diluluskan tidak merangkumi kesemua pengunaan sektor yang terlibat mendapat subsidi.

“Oleh itu, mekanisme rebat yang tepat dan efisien adalah amat penting,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut persatuan itu, kuota subsidi untuk sektor tersebut perlu dibuat dengan jelas bagi mengelakkan pengendali pengangkutan daripada menaikkan kadar pengangkutan yang akan memberi kesan kepada orang awam dan daya saing negara.

“Dengan pelaksanaan ini, diharap kerajaan dapat terus memberi insentif atau subsidi tenaga kepada teknologi terkini seperti kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri dan kenderaan elektrik sel bahan api.

“Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah trak pikap, van dan kenderaan perdagangan. 

“Selain dari penggunaan persendirian, pengguna kenderaan ini kebanyakan dari sektor pembinaan, perladangan, logistik, pelancongan, pengangkutan dan ianya amat penting untuk kelangsungan operasi perniagaan syarikat,” katanya. 

MAA turut menyatakan, impak TIV kenderaan diharap tidak signifikan memandangkan kenderaan diesel di seluruh negara berada di bawah 12 peratus dan kerajaan menawarkan subsidi bersasar kepada penerima dan sektor yang layak. 

Katanya, kerajaan juga masih meneruskan pemberian subsidi kepada golongan B40, kenderaan komersial yang layak dan juga kepada pengguna kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak. 

“Penggunaan diesel untuk kenderaan komersial amat diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya