Pengambilalihan GeekStart buka peluang Ramssol perluas pasaran di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Pengambilalihan GeekStart buka peluang Ramssol perluas pasaran di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramssol Group Bhd. (Ramssol) bersedia untuk mengembangkan kehadirannya di Asia Tenggara melalui cadangan pengambilalihan 51 peratus pegangan ekuiti anak syarikat milik penuhnya terhadap syarikat teknologi Thailand GeekStart Co. Ltd. (GeekStart) pada harga RM6.9 juta.

Apex Security berkata, pihaknya yakin dengan adanya pengambilalihan, ia akan meningkatkan pendapatan syarikat tersebut pada masa hadapan.

Menurutnya , langkah itu akan membolehkan Ramssol meluaskan kehadiran syarikatnya di pasaran serantau.

“Dalam masa sama dapat Ramssol juga berpeluang untuk menawarkan rumusan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan oleh GeekStart kepada pelanggan mereka sebelum ini.

“Kami menganggap ini sebagai tawaran yang baik dengan jaminan keuntungan masing-masing RM2.4 juta bagi 2024 dan 2025,” katanya dalam nota penyelidikan.

Menurut nota penyelidikan itu, cadangan pengambilalihan berkenaan dijangka siap pada Julai tahun ini.

Dalam pada itu, katanya, GeekStart mencatatkan peningkatan secara berterusan sejak tiga tahun lalu, dengan keuntungan bersih meningkat daripada RM400,000 pasa 2021 kepada RM1.4 juta pada 2023.

“Selain itu, kumpulan itu merekodkan bebas hutang dengan aset bersih mereka bernilai RM3.4 juta pada akhir tahun lepas.

“Ramsol akan terus memberi tumpuan kepada tonggak perniagaan mereka yang tertumpu pada sektor pendidikan pemasaran dan automotif,” katanya.

Firma penyelidikan itu menjangkakan, sektor automotif akan membuat sumbangan yang lebih besar pada separuh kedua 2024 daripada jumlah urus niaga yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, Ramssol akan menumpukan pelancaran inisiatif baharu bagi tumpuan pendidikan dan pemasaran,sejajar dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang.

Apex Security menaikkan unjuran pendapatan Ramssol kepada RM17 juta bagi 2024 dan RM19.1 juta untuk 2025, selepas memasukkan sumbangan jaminan keuntungan daripada GeekStart.

Firma Penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘beli’ harga sasaran 76 sen sesaham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya