PETALING JAYA: Pelabur asing terus menyuntik dana ke Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Menurut Laporan Aliran Dana minggu berakhir 14 Jun 2024, firma berkata, pelabur asing merekodkan jumlah belian bersih RM10.7 juta pada Isnin, RM135.1 juta pada Selasa dan RM197.4 juta pada Khamis. Katanya, pelabur asing menjual bersih masing-masing RM82.7 juta dan RM58.1 juta pada Rabu dan Jumaat. “Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi minggu lepas ialah utiliti pada RM240.8 juta, produk dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya