Parlimen Bangi catat jumlah penduduk tertinggi 708,300 orang - Utusan Malaysia

Parlimen Bangi catat jumlah penduduk tertinggi 708,300 orang

BANGI mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 708,300 orang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawasan Parlimen Bangi, Selangor mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 708,300 orang, menurut Statistik Subnasional Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

Ini diikuti oleh Kota Raja dan Subang masing-masing seramai 538,000 orang dan 492,000 orang.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sebanyak 20 parlimen mencatatkan jumlah penduduk yang melebihi 300,000 orang.

Ujarnya, hanya tiga parlimen di Sarawak yang merekodkan jumlah penduduk kurang daripada 30,00 orang iaitu Kanowit dengan jumlah penduduk seramai 25,300 orang, diikuti Lubok Antu dan Igan masing-masing seramai 27,400 orang dan 28,000 orang.

“Wangsa Maju, Kuala Lumpur merupakan Parlimen yang merekodkan kepadatan penduduk tertinggi, iaitu seramai 13,587 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti Pandan, Selangor di (11,713 orang per kilometer persegi) dan Jelutong, Pulau Pinang (11,576 orang setiap kilometer persegi).

“Sebaliknya, lima parlimen di Sarawak mencatatkan kepadatan penduduk yang rendah (kurang daripada 10 penduduk per kilometer persegi) iaitu Hulu Rajang dengan satu penduduk per kilometer persegi, Baram(tiga penduduk per kilometer persegi), Selangau (enam penduduk per kilometer persegi), Kapit (tujuh penduduk per kilometer persegi) dan Lubok Antu (lapan penduduk per kilometer persegi),” katanya dalam kenyataan.

Jelas Mohd. Uzir, berdasarkan komposisi demografi penduduk Malaysia pada 2023, penumpuan utama bagi kumpulan etnik Bumiputera dapat dilihat di negeri-negeri pantai timur iaitu Setiu (125,400 orang) diikuti Hulu Terengganu (91,100 orang) dan Jeli (79,000 orang).

“Sementara itu, kumpulan etnik Cina tertinggi direkodkan di Kepong dengan 72.2 peratus (64,000 orang), diikuti oleh Tanjong, Pulau Pinang dengan 69.9 peratus (17,400 orang) dan Bukit Bendera dengan 68.8 peratus (75,900 orang).

“Bagi Parlimen Ipoh Barat mencatatkan peratusan etnik India tertinggi sebanyak 26 peratus (33,500 orang), diikuti Bagan Datuk sebanyak 23.6 peratus (16,600 orang) dan Sungai Siput sebanyak 22.3 peratus (19,000 orang),” katanya.

Dalam pada itu, Parlimen Batu mendominasi jumlah tertinggi penduduk umur bekerja iaitu antara 15 hingga 64 tahun seramai 177,200 orang.

“Ini diikuti oleh Batu Kawan dengan 132,300 orang dan Kepong dengan 83,700 orang.

“Tiga parlimen di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas (umur tua) iaitu Sabak Bernam (11,200 orang), Sungai Besar (11,900 orang) dan Tanjong Karang (11, 200 orang),” katanya.

Dalam pada itu, jumlah penduduk dalam kumpulan umur muda 0 hingga 14 tahun tertinggi direkodkan di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Putrajaya seramai 43,000 ribu orang, Gua Musang dengan 40,800 orang dan Tumpat sebanyak 61,000 orang.

“Sebaliknya, kumpulan umur muda 0 hingga 14 tahun yang terendah direkodkan di Tanjong seramai 3,800 orang, Lubok Antu dengan 4,700 orang dan Kanowit dengan 5,500 orang,” katanya.

Mohd. Uzir berkata, berdasarkan statistik terkini, parlimen di Selangor kekal merekodkan bilangan syarikat perniagaan tertinggi pada tahun 2024 sebagaimana pada tahun lalu.

“Tiga parlimen di Selangor yang mencatatkan bilangan pertubuhan perniagaan tertinggi iaitu Subang dengan 28,649 pertubuhan atau syarikat perniagaan, diikuti oleh Petaling Jaya dan Damansara masing-masing dengan 28,098 dan 26,538 pertubuhan atau syarikat perniagaan,” katanya.

Sementara itu, dalam konteks infrastruktur pendidikan dan kesihatan di Malaysia, Parlimen Baram, Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi bagi bilangan sekolah dan fasiliti.

“Parlimen ini memiliki 86 buah sekolah, termasuk 77 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah, serta 22 buah klinik kesihatan.

“Selain itu, dari aspek fasiliti kemudahan asas, kepelbagaian infrastruktur yang tersedia seperti stesen minyak, kedai dobi, kedai runcit, farmasi dan restoran dapat dilihat di beberapa parlimen utama.

“Di antaranya, Pulai memiliki jumlah stesen minyak terbanyak dengan 71 buah, Bangi dengan 66 kedai dobi, Lahad Datu dengan 618 kedai runcit, Petaling Jaya mencatatkan 232 farmasi dan Subang mencatatkan 140 buah restoran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya