MR. D.I.Y anjur kejohanan Bounce & Bingo kali kedua - Utusan Malaysia

MR. D.I.Y anjur kejohanan Bounce & Bingo kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) menganjurkan kejohanan permainan ‘Bounce & Bingo 2.0’ buat kali kedua tahun ini atas permintaan ramai dengan menawarkan ganjaran wang tunai dan hadiah lebih lumayan bernilai sehingga RM30,000.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, juara kejohanan peringkat kebangsaan itu akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

“Ia diikuti naib juara pertama menerima wang tunai RM5,000 dan naib juara kedua menerima wang tunai RM3,000,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Alex, setiap tiga pasukan teratas juga akan menerima trofi dan tiga belas pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 MR D.I.Y. baucar tunai dan pingat setiap satu. 

“Berita baik untuk pemenang juga di mana pasukan dengan rekod keseluruhan terpantas akan diberi ganjaran wang tunai RM5,000,” katanya.

“Kami ingin memastikan perjalanan para pelanggan kami ke MR D.I.Y. menyeronokkan sambil mereka membeli-belah untuk barangan keperluan yang ‘Always Low Prices’.

Menurutnya, edisi pertama tahun lalu telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan mereka. 

“Jadi, saya menjemput semua rakyat Malaysia berkunjung ke MR D.I.Y. untuk menyertai kejohanan permainan ini dan jangan lepaskan peluang untuk berseronok sambil berpeluang memenangi hadiah,” katanya.

Tambahnya, MR D.I.Y turut menawarkan peluang untuk sesi latihan kepada pelanggan di 100 cawangan terpilih MR. D.I.Y. berhampiran dari 31 Mei hingga 7 Jun 2024 sempena kejohanan permainan itu. 

“Peserta yang berminat boleh menyertai kejohanan dari 7 Jun hingga 9 Jun 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya