PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad memperkenalkan kediaman moden, Bayu Sutera dengan menawarkan pakej umrah percuma untuk dua orang bagi setiap pembelian unit rumah dalam kempen ‘Umrah Bersama’ sebagai tanda penghargaan kepada pembeli.
Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts Holdings Berhad, Lim Kok Yee, kempen itu bermula 20 Mei lalu hingga 20 Ogos ini, memberi peluang pembeli memiliki rumah di Bayu Sutera dengan ganjaran menunaikan ibadah Umrah.
“Tawaran eksklusif ini tersedia bagi unit bumiputera untuk projek Izara II dan Elonia III di Bayu Sutera yang menawarkan pengalaman spiritual,” katanya dalam kenyataan.
Matrix Concepts menyediakan kediaman pegangan bebas seluas 216 ekar yang dilancarkan pada tahun 2021 untuk fasa pertama dengan menampilkan kawasan kediaman moden yang menawarkan kehidupan fleksibel.
Bayu Sutera terletak di kawasan perbandaran mandiri Bandar Sri Sendayan di Seremban dan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan untuk gaya hidup moden.
Rumah teres dua tingkat itu menawarkan konsep kehidupan moden dengan reka bentuk inovatif dan kemudahan yang tersedia.
Bayu Sutera menjanjikan gaya hidup mewah di tepi tasik dengan ciri-ciri rumah pintar berteknologi terkini.
Pembeli akan menikmati ruang gaya hidup yang versatil direka untuk meningkatkan keselesaan melalui kediaman Izara II dan Elonia III di Bayu Sutera kerana setiap rumah direka bentuk dengan ruang yang luas serta menawarkan keselesaan untuk keluarga.
Kediaman Bayu Sutera mempunyai empat bilik tidur yang luas dan bilik mandi privasi dan ketenangan dijamin di setiap sudut rumah tersebut.
Dalam pada itu, Matrix Concepts juga menetapkan standard baru dalam inovasi kediaman, Izara II dan Elonia III dilengkapi dengan ciri-ciri rumah pintar berteknologi canggih.
Bayu Sutera juga boleh diakses hanya beberapa minit dari rumah kelab, d’Tempat Country Club yang menawarkan kemudahan rekreasi eksklusif hingga Matrix Global Schools yang menyediakan pendidikan bertaraf dunia.
Selain itu, kawasan komersial Bayu Biz yang dijangka menjadi pusat utama untuk perniagaan, membeli-belah dan aktiviti sosial dalam komuniti.
Pakej jualan termasuk pilihan bayaran pendahuluan rendah, yuran guaman percuma, dan duti setem untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) dan pinjaman, serta keahlian percuma di d’Tempat Country Club. – UTUSAN