SHAH ALAM: Malaysia dan China bersetuju untuk melaksanakan pusingan kedua Program Lima Tahun Malaysia-China untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, inisiatif ini akan memperdalam lagi hubungan antara industri dalam sektor utama seperti pembuatan peringkat tinggi, ekonomi digital, robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan syarikat permula serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pertanian dan industri utama. Katanya, program tersebut dijangka akan ditandatangani tidak lama lagi, semasa lawatan sulung Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia (18 hingga 20…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya