Mah Sing ada peruntukan tanah cukup di Sepang dan Pasir Gudang bagi projek pusat data - Utusan Malaysia

Mah Sing ada peruntukan tanah cukup di Sepang dan Pasir Gudang bagi projek pusat data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mempunyai bank tanah di MSS Business Park, Sepang dan Meridin East, Pasir Gudang yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat data.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya hari ini berkata, penglibatan syarikat itu dalam perniagaan pusat data membolehkan pendapatan berulang bagi Mah Sing.

Menurutnya, manfaat itu seperti yang dinikmati daripada kerjasama syarikat itu dengan Bridges Data Center (BDC) dalam pembangunan Mah Sing DC Hub yang berkeluasan 17.55 ekar di Southville City, Bangi.

“Mah Sing berkemungkinan mempunyai kira-kira 20 peratus kepentingan dalam kerjasama pusat data manakala bagi sumbangan pendapatan dianggarkan RM25 juta setahun mulai 2026 dan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, firma penyelidikan itu mengekalkan ramalan pendapatan Mah Sing bagi 2024 dan 2025.

Namun, MIDF Research menyemak unjuran pendapatan bagi 2026 sebanyak 6.4 peratus ekoran mengambil kira sumbangan pendapatan daripada kerjasama pusat data dengan BDC.

Sehubungan itu katanya, MIDF Research mengekalkan panggilan beli dengan harga sasaran iaitu RM1.94.

“Kami menyemak semula harga sasaran bagi Mah Sing kepada RM1.94 daripada RM1.83 kerana kami menurunkan diskaun penilaian aset bersih dinilai semula (RNAV) kepada 15 peratus daripada 20 peratus.

“Ini kerana memandangkan pendapatan Mah Sing yang dilihat y lebih baik dan prospek jualan baharu turut stabil,” katanya.

MIDF Research, kekal positif terhadap tinjauan jangka panjang untuk Mah Sing disebabkan pendedahannya yang tinggi kepada segmen kediaman mampu milik, disokong oleh pembelian yang kukuh.

Justeru itu, firma penyelidikan itu yakin kepelbagaian bagi pusat data akan memberikan pendapatan berulang dalam jangka yang panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya