Lamborghini Urus SE diperkenal pada harga RM1.03 juta - Utusan Malaysia

Lamborghini Urus SE diperkenal pada harga RM1.03 juta

FRANCESCO Scardaoni (tengah) bersama Pegawai Operasi Lamborghini Kuala Lumpur, Christopher Teoh (kiri) dan Pengurus Kawasan Automobil Lamborghini Asia Tenggara, Raffaele Garribba (kanan) ketika pelancaran Lamborghini Urus SE di sini semalam. - UTUSAN/SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lamborghini Kuala Lumpur memperkenalkan Lamborghini Urus SE versi ‘plug-in’ hibrid kenderaan utiliti sukan (SUV) super pertama pada harga bermula dari RM1.028 juta sebelum cukai jalan dan insurans.

Pengarah Wilayah Automobil Lamborghini Asia Pasifik, Francesco Scardaoni berkata, versi plug-in hibrid pertama model itu menampilkan reka bentuk baharu, aerodinamik yang optimum, teknologi ‘on-board’ dan rangkaian kuasa hibrid 800 CV.

“Semua ini telah dibina lebih mantap daripada Urus SE dari segi keselesaan, prestasi, kecekapan, pelepasan dan keseronokan pemanduan,” katanya semasa pelancaran Lamborghini Urus SE , di sini semalam.

Beliau berkata, Lamborghini Urus merupakan pemangkin penting untuk jenama itu apabila ia mula menyertai portfolio produk mereka pada 2017.

“SUV super menjadi penjual terbaik kami, bukan sahaja di rantau Asia Pasifik, namun merentasi semua pasaran di seluruh dunia.

“Urus SE baharu itu menetapkan peringkat untuk era evolusi SUV super dalam fasa elektrifikasi dan merupakan peristiwa penting bagi jenama ini.

“Saya percaya bahawa kereta ini adalah tafsiran jenama yang melampaui dan bagaimana kami merevolusikan dunia automotif dengan Super SUV ikonik kami,” katanya.

Menurutnya, model itu mempunyai enjin turbo berkembar 4.0 V8 yang direka untuk sinergi optimum dengan rangkaian kuasa elektrik.

“Ia mampu menghasilkan 620 CV kuasa (456 kW) dan 800 Nm tork pemanduan dengan unit pembakaran digabungkan bersama rangkaian kuasa elektrik yang menghasilkan 192 CV (141 kW) dan 483 Nm tork,” katanya.

Beliau berkata, Urus SE menawarkan tork dan kuasa lebih besar pada sebarang had putaran enjin (RPM) dan sistem itu membangunkan jumlah output kuasa 800 CV (588 kW) pada 6000 RPM dan jumlah tork 950 Nm yang sudah tersedia pada 1750 RPM dan sehingga 5750 RPM bagi memastikan prestasi terbaik.

Tambahnya, pilihan warna juga telah diperluaskan dengan lebih daripada 100 pilihan badan kini tersedia.

“Ia termasuk dua warna baharu yang ditawarkan semasa pelancaran iaitu Arancio Egon (oren), digabungkan dengan bahagian dalam Arancio Apodis (oren), dan Bianco Sapphirus (putih) dengan dalaman di Terra Kedros (terakota),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya