KWSP: Sistem wakaf, takaful perlu diintegrasi dalam skim hibrid

KWSP: Sistem wakaf, takaful perlu diintegrasi dalam skim hibrid

kwsp
GAMBAR hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem wakaf khusus dan skim takaful boleh diintegrasikan bersama dalam cadangan pengenalan skim hibrid manfaat tertakrif (DB) KWSP dan caruman tertakrif (DC) bagi menambah baik sistem dana persaraan, kata penganalisis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, sistem wakaf khusus atau wakaf keluarga boleh diguna pakai untuk isi rumah yang beragama Islam.

Katanya, gabungan skim wakaf khusus ini akan menjadikan sistem dana pesaraan tersebut lebih lestari.

“Satu lagi yang boleh diketengahkan adalah perlindungan takaful kerana perlindungan ini baik apabila sudah tua nanti.

“Mungkin perlindungan ini dapat diintegrasikan sekali dalam skim hibrid ini supaya pencarum akan menerima manfaatnya kelak,” katanya mengulas mengenai cadangan pengenalan skim hibrid DB dan DC sebagai penyelesaian yang mungkin bagi negara yang masih berpegang kepada sistem dana persaraan untuk maju ke hadapan.

Sementara itu, penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, cadangan skim hibrid itu adalah sesuatu yang proaktif, menyedari Malaysia akan menjadi negara menua dalam tempoh 10 ke 15 tahun lagi.

Jelasnya, ini juga mengambil kira pelbagai faktor seperti usia purata rakyat Malaysia yang bertambah panjang dari 75 tahun pada masa ini serta perubahan jenis pekerjaan yang tercipta kesan dari meningkatnya ekonomi digital seperti bekerja sendiri dan sebagainya.

“Sekiranya dilaksanakan, kerajaan dan rakyat perlu menerimanya dengan hati yang terbuka kerana ia melibatkan perubahan yang sudah berlangsung berdekad lamanya dan sebati dengan beberapa generasi rakyat Malaysia.

“Perubahan pastinya perit dan sulit untuk jangka masa pendek, tapi faedah jangka panjang yang lebih banyak dan bermanfaat.

“Penyelarasan juga perlu dilihat dari aspek peningkatan kos sara hidup di masa hadapan dan pengaruh global seperti ekonomi dan politik yang memberikan kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya