KTI bakal lancar projek hartanah dengan GDV RM599.6 juta - Utusan Malaysia

KTI bakal lancar projek hartanah dengan GDV RM599.6 juta

ANTARA pembangunan KTI Landmark di Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KTI Landmark Berhad (KTI), pemaju hartanah bersepadu berpangkalan di Sabah bersedia melancarkan dua projek kediaman dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM599.6 juta menjelang akhir 2028.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif KTI, Dr. Gordon Loke berkata, pelancaran akan datang itu merangkumi pelbagai tawaran, termasuk tiga fasa rumah mampu milik di Sandakan dan pembangunan bercampur iaitu Ayuria Place, Alamesra di Kota Kinabalu.

“Tiga fasa rumah mampu milik di Sandakan dengan anggaran GDV bernilai RM107.9 juta terdiri daripada 310 unit rumah teres dua tingkat.

“Ia adalah projek reka bentuk dan binaan dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), pihak berkuasa negeri di Sabah.

“Kumpulan kami telah menerima perintah pembangunan, tetapi telah menyerahkan semula pelan pembangunan yang dipinda untuk kelulusan dan sedang menunggu kelulusan untuk memulakan kerja pembinaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Gordon, baki GDV sebanyak RM491.7 juta bagi pembangunan bercampur, Ayuria Place di Alamesra projek merupakan di bawah pembangunan hartanah mereka sendiri.

“Projek itu akan menampilkan tiga blok 39 tingkat dengan 1,269 unit pangsapuri antara 650 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

“Pembangunan ini dijangka menjadi salah satu projek mercu tanda di Kota Kinabalu kerana terletak di lokasi strategik dari Pusat Bandar Kota Kinabalu dan berdekatan ke pelbagai institusi pendidikan serta akses mudah ke lebuh raya utama,” katanya.

Dalam pada itu, KTI juga telah membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad dengan mengumpul RM48 juta yang dibuka rata pada harga tawaran awam (IPO) 30 sen.

“Hasil itu untuk membiayai pemerolehan tanah di Sabah di sekitar tanah sedia adanya untuk projek masa depan di Alamesra, Kota Kinabalu berjumlah RM18.0 juta,” katanya.

Jelasnya, sebanyak RM20.7 juta daripada hasil itu akan diperuntukkan sebagai modal kerja untuk pembangunan projek dan RM0.3 juta untuk menaik taraf perisian dan sistem.

“Sejumlah RM2.2 juta akan digunakan untuk membeli barisan pengeluaran sistem bangunan perindustrian baharu (IBS), diikuti RM3.0 juta untuk membayar balik pinjaman bank dan baki RM3.8 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya