KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melihat kelemahan ringgit yang berlaku pada tahun lalu adalah antara faktor utama yang menurunkan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024. Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, data yang diambil dalam WCR 2024 adalah berdasarkan prestasi ringgit pada tahun lalu sekali gus menjadikan berlakunya jurang tahunan indikator-indikator utama pada 2024. “Satu daripada indikator yang paling besar adalah kestabilan ringgit yang memberikan kesan kepada produktiviti dan keberkesanan kerana semua ini berkaitan kepada kestabilan. “Seperti yang kita semua tahu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya