Johor mahu jalin kerjasama dengan Sarawak berkaitan teknologi hidrogen - Utusan Malaysia

Johor mahu jalin kerjasama dengan Sarawak berkaitan teknologi hidrogen

HASNI Mohammad (belakang) menyaksikan Edwin Tan Pei Seng (dua dari kiri) dan Andy Cheah Shu Kheen bertukar dokumen MoU yang ditandatangani di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Negeri ini berhasrat menjalin kerjasama strategik dengan Sarawak berkaitan inisiatif tenaga boleh baharu (TBB), khususnya teknologi hijau daripada hidrogen.

Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC), Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan mengetuai delegasi awatan ke Sarawak akhir bulan ini.

“Salah satu strategi kerajaan negeri dalam menyokong pelaksanaan inisiatif hijau dan TBB di negeri ini adalah dengan menjalin kerjasama bersama pihak ketiga, sama ada awam atau swasta.

“Ini termasuk kerajaan negeri Sarawak yang telah memberikan tumpuan dalam pembangunan teknologi hidrogen sebagai satu sumber tenaga. Jadi, kita mahu belajar daripada kepakaran mereka,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Paragon Globe Bhd. (PGB) dan UOB Malaysia, di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif PGB, Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng dan Ketua Perbankan UOB Malaysia, Andy Cheah Shu Kheem.

Menerusi MoU berkenaan, UOB Malaysia bersetuju memberikan pinjaman berjumlah RM176 juta untuk membangunkan Pusat Perindustrian Hijau pertama PGB di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Ahli Parllmen Simpang Renggam berkata, Sarawak turut berhasrat membekalkan TBB kepada Singapura pada masa depan dan pihaknya berhasrat mengguna pakai tenaga sama untuk kelestarian alam sekitar pada masa depan.

Bulan lalu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi dilaporkan berkata, kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan Sarawak untuk melaksanakan projek sambung tara bekalan elektrik berkapasiti sehingga 1,000 megawatt (MW) ke Singapura melalui kabel dasar laut.

Projek kabel itu dijangka beroperasi secara komersial pada 2031. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya