Inflasi peringkat pengeluar naik 1.4 peratus pada Mei - Utusan Malaysia

Inflasi peringkat pengeluar naik 1.4 peratus pada Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mencatatkan peningkatan 1.4 peratus pada Mei berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei.

Ujarnya, sektor perlombongan terus meningkat 6.6 peratus daripada peningkatan dua angka 10 peratus pada bulan sebelumnya, disumbangkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (7.2 peratus) dan pengekstrakan gas asli (4.6 peratus).

“Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat perlahan 1.3 peratus, dengan indeks pengeluaran ternakan dan penanaman tanaman masing-masing kekal meningkat sebanyak 3.7 peratus dan 3.1 peratus.

“Pada masa sama, sektor pembuatan meningkat 1.0 peratus disumbangkan oleh indeks pembuatan komputer, produk elektronik & optikal (9.6 peratus).

“Bagi sektor utiliti, indeks bekalan air naik 8.7 peratus, manakala indeks bekalan elektrik & gas meningkat 1.5 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan turun 0.9 peratus daripada peningkatan 0.5 peratus yang dicatatkan pada April 2024.

Jelasnya, sektor utama mengalami penurunan dan telah menyebabkan kemerosotan indeks keseluruhan pada bulan ini.

“Sektor perlombongan menurun 5.5 peratus disebabkan oleh indeks Pengekstrakan petroleum mentah (-6.8 peratus) dan pengekstrakan gas asli (-1.7 peratus).

“Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menurun 4.6 peratus daripada peningkatan 0.7 peratus pada bulan sebelumnya, sebahagian besarnya disebabkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (-7.8 peratus).

“Selain itu, sektor pembuatan turun perlahan negatif 0.1 peratus disebabkan oleh pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-2.5 peratus). Sementara itu, indeks bekalan elektrik dan gas dan bekalan air kekal positif dengan masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 1.1 peratus dan 1.4 peratus,” katanya.

Perbandingan dengan negara lain menunjukkan bahawa IHPR di Amerika Syarikat (AS) meningkat 2.2 peratus bulan ini berbanding 2.3 peratus pada April 2024.

IHPR Jepun terus meningkat 2.4 peratus, daripada peningkatan 1.1 peratus pada April 2024, dengan kenaikan berterusan kos kebanyakan komponen, seperti logam bukan ferus, besi buruk & sisa serta produk petroleum & arang batu.

Sementara itu, harga pengeluar China mencatatkan penurunan lebih perlahan 1.4 peratus berbanding kejatuhan 2.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Ini adalah penguncupan harga di pintu kilang bagi bulan ke-20 berturut-turut yang disebabkan oleh perlombongan dan pemprosesan, tetapi penurunan terkecil sejak Februari 2023 dengan pelbagai langkah sokongan daripada kerajaan.

Mengenai harga komoditi tempatan, Mohd Uzir berkata purata harga minyak sawit mentah (MSM) pada Mei 2024 ialah RM3,902.50 setiap tan, meningkat 2.8 peratus daripada Mei 2023, tetapi susut 8.3 peratus berbanding harga April 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya