Indeks Pelopor terus meningkat kepada 4.3 peratus pada April - Utusan Malaysia

Indeks Pelopor terus meningkat kepada 4.3 peratus pada April

Mohd. Uzir Mahidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Pelopor Malaysia terus meningkat 4.3 peratus pada April 2024, mencapai 113.1 mata berbanding 108.4 mata pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan untuk bulan kelima berturut-turut menunjukkan bahawa ekonomi kekal berada dalam momentum pertumbuhan.

Ujarnya, peningkatan ini dapat dilihat dalam semua komponen kecuali Import Benar Semi Konduktor (-1.5 peratus).

“Selepas penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus pada Mac, perubahan bulanan IP meningkat semula sebanyak 0.8 peratus pada April 2024.

“Pertumbuhan ini disumbangkan oleh peningkatan dalam Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (0.8 peratus), Import Benar Semi Konduktor (0.2 peratus) dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.2 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, melihat kepada trend jangka panjang terlicin pada April, IP kekal berada di atas 100 mata, menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam bulan-bulan mendatang disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan pengembangan yang mampan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Indeks Serentak (IS) yang mengukur prestasi keseluruhan ekonomi semasa, meningkat sebanyak 3.0 peratus pada April, mencapai 125.4 mata berbanding 121.7 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan berterusan dua angka dalam Nilai Caruman Benar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (34.1 peratus) merupakan penyumbang utama kepada kenaikan ini.

“Merujuk kepada prestasi bulanan, IS juga meningkat sebanyak 0.3 peratus disokong terutamanya oleh peningkatan Jumlah Guna Tenaga dalam Pembuatan (0.2 peratus),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya