HSBC Malaysia lancar Kad Kredit HSBC Live+ - Utusan Malaysia

HSBC Malaysia lancar Kad Kredit HSBC Live+

Ketua Kekayaan dan Perbankan Peribadi HSBC Malaysia, Linda Yip (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Kad Kredit Pulangan Tunai oleh HSBC di The Exchange TRX, Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: HSBC Malaysia memperkenalkan Kad Kredit HSBC Live+ iaitu kad kredit gaya hidup serba baharu dengan kerjasama Visa hari ini.

Ketua Perbankan Kekayaan dan Peribadi, HSBC Malaysia, Linda Yip berkata, kad kredit terbaharu itu direka khas bagi menambah baik pengalaman gaya hidup pelanggan bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, pemegang kad kredit tersebut bakal menerima pulangan tunai sehingga lapan peratus sekiranya mereka berbelanja dalam kategori untuk makanan minuman, membeli belah dan hiburan.

“Tambahan lagi, pemegang kad HSBC Live+ juga akan didaftarkan secara automatik ke dalam program menjamu selera di restoran paling komprehensif di Asia.

“Kad ini menawarkan diskaun menarik sebanyak 15 peratus untuk lebih daripada 200 restoran terpilih di seluruh Malaysia dan luar negara, “ katanya dalam majlis pelancaran Kad Kredit HSBC Live+.

Beliau berkata, berdasarkan data perbelanjaan oleh pemegang kad HSBC-Visa sebelum ini, pihaknya mendapati pembelanjaan bagi kategori makanan menjadi keutamaan bagi penduduk Asia.

“Perbelanjaan di restoran dan berkaitan makanan mendapat tiga tempat teratas dalam kategori perbelanjaan di tujuh daripada lapan pasaran di Asia.

“Hasil penemuan daripada kajian tersebut menunjukkan kepentingan menjamu selera di rantau ini dan nilai yang dibawakan oleh Kad Kredit HSBC Live+ kepada para pemegang kad,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Runcit HSBC, Taylan Turan berkata, kumpulan menggabungkan kepakaran global dan pengetahuan setempat dalam menciptakan produk yang dapat memenuhi keperluan pelanggan tempatan.

“Dengan memperkenalkan kad kredit ini di Malaysia, ia membawa manfaat kepada penggunanya, sekali gus merupakan tumpuan pelaburan syarikat dalam mengukuhkan keupayaan perbankan kami.

“HSBC Bank merancang untuk memperluas tawaran Kad Kredit Live+ ke pasaran global dinamik lain.

“ Dengan ini akan memanfaatkan peluang yang wujud daripada kuasa beli golongan kelas pertengahan dan segmen mewah yang semakin meningkat di Asia Selatan dan Asia Tenggara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya