KUALA TERENGGANU: Hotel Paya Bunga, milik penuh kerajaan negeri Terengganu menyasarkan pendapatan sebanyak RM24 juta menerusi pelbagai pakej perkhidmatan yang ditawarkan pada tahun ini. Pengurus Besarnya, Abdul Hadi Alias berkata, sasaran itu adalah peningkatan hampir RM4 juta berbanding perolehan yang direkodkan sepanjang tahun lalu iaitu RM19.8 juta. Menurutnya, Hotel Paya Bunga positif dapat mencapai sasaran itu memandangkan setakat Mei tahun ini, hotel tersebut telah berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM8.3 juta. “Selain memfokuskan kepada pakej jualan bilik penginapan, sewaan ballroom dan dewan seminar, kami juga akan terus memperhebatkan lagi promosi pakej…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya