Grab sumbang kepada lebih 180,000 pemandunya melalui SKSPS - Utusan Malaysia

Grab sumbang kepada lebih 180,000 pemandunya melalui SKSPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grab Malaysia telah menyumbang kepada lebih 180,000 pemandu dan rakan kongsi penghantaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), sebagai sebahagian daripada perkongsian terbaharunya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut kenyataannya, inisiatif itu bertujuan untuk menyediakan perlindungan sosial untuk rakan kongsi Grab, di samping perlindungan kewangan dan inisiatif peningkatan kemahiran yang disediakan di bawah program GrabBenefits.

Katanya, sejak April lalu, Grab Malaysia telah menyumbang lebih RM4 juta bagi pihak pemandu dan rakan kongsi penghantaran yang layak melalui inisiatif Sumbangan Pemadanan SKSPS Belanjawan 2024.

“Di bawah skim padanan ini, individu atau syarikat yang memilih untuk menaja individu itu secara sukarela menyumbang 10 peratus, manakala kerajaan menaja 90 peratus,” katanya.

Grab berkata, GrabBenefits adalah program faedah pertama seumpamanya untuk ekonomi gig Malaysia dengan tiga tonggak utama iaitu Perlindungan, Simpanan dan Akademi .

Jelasnya, program komprehensif ini bertujuan untuk melindungi rakan kongsi dan orang tersayang mereka semasa di dalam dan di luar pekerjaan.

“Ini membolehkan mereka mengurus dan menjimatkan lebih banyak kos operasi dan harian mereka, sambil menawarkan program digital untuk terus meningkatkan kemahiran mereka.

“Sejak hari pertama, Grab telah menyediakan insurans Kemalangan Peribadi Kumpulan percuma untuk insiden semasa kerja dan Insurans Bulanan 24 jam tujuh hari seminggu (tambahan untuk rakan kongsi penghantaran).

“Pada 2023, Grab melabur RM5.5 juta untuk menyediakan insurans percuma untuk semua pemandu dan rakan kongsi penghantaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Grab telah membahagikan kos untuk perlindungan tambahan, membolehkan rakan kongsi Grab memilih untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka melalui Insurans Kemalangan Diri Plus (PA+).

“Tahun lepas, satu daripada 10 rakan kongsi Grab telah memilih PA+ untuk perlindungan tambahan untuk diri mereka sendiri atau untuk pasangan dan keluarga mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya