EcoWorld Malaysia catat untung bersih RM70 juta pada suku kedua - Utusan Malaysia

EcoWorld Malaysia catat untung bersih RM70 juta pada suku kedua

SEGMEN industri Eco Business Parks memberikan sumbangan terbesar kepda jumlah jualan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) mencatatkan untung bersih sebanyak RM70 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 April 2024, naik 11.7 peratus berbanding RM62.7 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan tersebut didorong oleh didorong oleh permintaan yang kukuh untuk projek di Iskandar Malaysia.

Menurut pemfailan di Bursa Malaysia, pemaju hartanah merekodkan pendapatan sebanyak RM555.7 juta pada suku tinjauan, naik 32.1 peratus berbanding RM420.8 juta yang pada suku kedua 2023.

Bagi enam bulan pertama pula, EcoWorld Malaysia melaporkan pertumbuhan untung bersih sebanyak RM139.7 juta, berbanding RM119.7 juta dan pendapatan sebanyak RM1.09 bilion daripada RM905.5 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada 30 April 2024, aliran tunai bersih yang dijana daripada aktiviti operasi berjumlah RM470 juta, tiga kali ganda lebih tinggi dari keuntungan selepas cukai kumpulan dan 95 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang dijana pada dua suku pertama 2023.

Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim 2 sen pada suku kedua 2024 yang perlu dibayar pada 19 Julai 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chang Khim Wah berkata, EcoWorld Malaysia mencapai jualan RM2.18 bilion dalam tujuh bulan pertama tahun kewangan 2024.

Katanya, ini didorong oleh permintaan kukuh untuk projek di Iskandar Malaysia yang menyumbang 61 peratus daripada jumlah jualan kumpulan dari awal tahun sehingga kini.

“Dari perspektif segmen, keempat-empat teras hasil kumpulan menunjukkan prestasi yang kukuh.

“Jualan rumah kediaman di bawah tonggak Eco Townships kami kekal sebagai segmen terbesar dengan RM855 juta direkodkan, di mana 90 peratus terdiri daripada rumah naik taraf berharga melebihi RM650,000,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN