BMW umum harga rasmi i5 M60 xDrive bermula RM478,800

BMW Malaysia umum harga rasmi i5 M60 xDrive bermula RM478,800

bmw i5
BMW i5 M60 xDrive
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi model i5 M60 xDrive serba baharu dengan varian berprestasi tinggi yang tersedia di semua pengedar sah BMW di seluruh negara bermula dari RM478,800 (atas jalan, tanpa insurans).

Menurut kenyataan, BMW i5 M60 xDrive serba baharu hadir sebagai gabungan canggih antara kemodenan dan prestasi dengan reka bentuknya yang menonjol.

“Dengan ciri-ciri prestasi M yang baharu dan menonjol, sedan elektrik premium ini menarik perhatian dan menawarkan kehebatan dinamik di jalan raya.

“BMW i5 M60 xDrive baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM6,295 berdasarkan anggaran pinjaman 80 peritus untuk tempoh lima tahun dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia.

“Pelanggan juga boleh menikmati manfaat daripada rebat tunai RM10,000 apabila mendaftar untuk pembiayaan Easy Drive dari sekarang hingga 30 Jun 2024,” katanya.

Selain itu, pelanggan juga boleh memiliki BMW i5 M60 xDrive baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM5,639 berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun melalui Pelan Pembiayaan Straight Line.

Bagaimanapun, kedua-dua pelan pembiayaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

“Pemilik BMW i5 M60 xDrive baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, antaranya jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 kilometer (mana-mana dahulu), bantuan tepi jalan dan talian kemalangan oleh BMW dan servis dalam talian BMW,” katanya.

Tambahnya, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW i5 M60 xDrive baharu atau melayari shop.bmw.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN