Beri MITI masa jelaskan kejatuhan Malaysia dalam WCR 2024 - Fahmi - Utusan Malaysia

Beri MITI masa jelaskan kejatuhan Malaysia dalam WCR 2024 – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Majlis Peluncuran MCMC Microsoft AI Teach: Skills For Al- Enabled Economy dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara MCMC dan Microsoft Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil menyerahkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menjelaskan mengenai kejatuhan Malaysia dalam Kedudukan Daya Saing Global (WCR) 2024 yang dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

Fahmi berkata, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sudah memaklumkan kepadanya dan akan memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

“Perkara itu akan dijawab oleh Menteri MITI, beliau ada maklumkan akan jawab perkara ini. Jadi, beri sedikit masa kepada pasukan MITI untuk mengkaji apa yang dimaksudkan.

“Realitinya tahun ini kita menyaksikan jumlah pelaburan yang sangat tinggi terutama dalam sektor semikonduktor, sektor pusat data serta dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Oleh itu, kita serahkan pada MITI untuk memberikan jawapan dengan lebih sempurna,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran MCMC Microsoft AI Teach: Skills For AI-Enabled Economy dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara MCMC dan Microsoft Malaysia, di sini hari ini.

Dalam laporan baru-baru ini, Malaysia jatuh tujuh tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia WCR 2024 kepada kedudukan ke-34, sementara Singapura kekal di tempat teratas berdasarkan laporan International Institute for Management Development (IMD).

Menurut laporan itu, Malaysia juga turun empat anak tangga ke tempat ke-10 daripada 14 negara Asia Pasifik dan paling rendah berbanding Thailand (25) dan Indonesia (27), namun lebih tinggi berbanding Filipina (52). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN