Awang Adek dilantik Pengerusi BSN baharu - Utusan Malaysia

Awang Adek dilantik Pengerusi BSN baharu

AWANG ADEK HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Pelantikan baharu itu adalah selepas persaraan beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 15 Jun ini.

BSN dalam kenyataan berkata, Awang Adek adalah seorang yang berpengalaman luas dalam industri kewangan, perkhidmatan diplomatik serta perkhidmatan awam.

“Sebelum pelantikannya di BSN, beliau adalah Pengerusi Eksekutif SC dan masih berkhidmat sebagai Pengerusi, Lembaga Gabenor, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pengetahuan serta pengalaman luas beliau dalam sektor kewangan akan membantu BSN untuk memenuhi misi bagi mencapai mandat dan visi strategik bank.

“BSN mengalu-alukan kepimpinannya untuk memacu bank ke arah kecemerlangan dan inovasi,” katanya.

Awang Adek adalah figura kehormat dalam industri dan pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan di Bank Negara Malaysia (BNM) selama 17 tahun sehingga bergelar Penolong Gabenor BNM pada 1996.

Sebelum ini, beliau turut memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Menteri Kewangan serta pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) untuk dua tahun.

Awang Adek juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau adalah bekas Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) yang pertama, Pengerusi PNB Research Institute (PNBRI), Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dan Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya