PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) sebanyak 5.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. Ia lebih tinggi berbanding 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berkata, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM405.65 juta, bersamaan 5.25 sen seunit kepada 325,026 pemegang unit yang kini memiliki 7.73 bilion unit. “Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya