50 pemaju raih Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN - Utusan Malaysia

50 pemaju raih Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 50 syarikat pemaju hartanah meraih Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN Des Prix Infinitus bagi 2023/2024 edisi keempatnya menerusi 50 kategori yang dipertandingkan.

Sebanyak lima buah syarikat telah merangkul Anugerah Pemaju Terbaik iaitu IOI Properties Group Berhad, IGB Berhad, Glomac Berhad, Malton Berhad dan LBS Bina Group Berhad.

Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media, Hagenz Choo berkata, Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN Des Prix Infinitus telah memberi penghormatan kepada lebih 50 gelaran anugerah cemerlang kepada pelbagai pemaju.

“Anugerah ini meraikan pemaju di seluruh rantau ini dan mencipta persaingan rancak yang menyerlahkan pencapaian mereka dan juga memupuk semangat kerjasama dan kemesraan industri.

“Acara ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada pencapaian pemaju tetapi juga menyemarakkan momentum untuk kemajuan dan inovasi dalam pasaran hartanah ASEAN,” katanya ketika Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN Des Prix Infinitus 2023/2024,” di sini semalam.

Hagenz berkata, pasaran hartanah Malaysia telah menyaksikan perubahan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ketika melangkah ke 2024, industri bergelut dengan kebimbangan yang berterusan tetapi menaruh harapan yang tinggi untuk masa depan.

“Bagaimanapun, Malaysia mengekalkan pandangan yang penuh harapan kerana berada di landasan untuk membina semula industri ini.

“Negara ini juga telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh iaitu 3.9 peratus pada suku ketiga 2023 dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengisytiharkan unjuran pengembangan empat peratus hingga lima peratus tahun ini, didorong oleh pelaburan yang meningkat dan permintaan antarabangsa.

“Oleh itu, marilah kita bersama mengharungi cabaran ini dengan daya tahan dan keazaman sambil berusaha ke arah memulihkan negara kita kepada kegemilangan dahulu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, acara itu memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan industri hartanah

“Ia memainkan peranan penting dengan menggabungkan pemegang kepentingan utama, memupuk kerjasama dan meraikan kecemerlangan para pemaju hartanah.

“Platform ini telah membuka banyak peluang yang menghubungkan pemaju di seluruh ASEAN untuk meneroka ke arah mengekalkan dan mengubah tanah menjadi tempat integratif yang dipenuhi dengan konsep inovatif,” katanya.

Tambahnya, hubungan yang terjalin antara pemaju di rantau ini cecara tidak langsung, akan merancakkan ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya