Webull Malaysia lancar platform dagangan - Utusan Malaysia

Webull Malaysia lancar platform dagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. (Webull Malaysia), melancarkan platform dagangan global terkemuka, Webull yang direka khas bagi semua peringkat pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Webull Malaysia, Kenneth Chan berkata, platform itu menyediakan akses dagangan untuk Bursa Securities dan Bursa Derivatives bersama saham tersenarai Amerika Syarikat (AS) dan dana dagangan bursa (ETF) melalui aplikasinya.

“Pada April, syarikat kami memperoleh Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk Urus Niaga dalam Sekuriti (terhad kepada sekuriti tersenarai) dan Urus Niaga Derivatif daripada Suruhanjaya Sekuriti.

“Kemasukan Webull Malaysia ke dalam pasaran tempatan adalah di tengah-tengah usaha Bursa Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan dan penyertaan daripada pelabur runcit, terutamanya generasi muda, dalam bursa saham tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Dibina pada infrastruktur global generasi akan datang dan teknologi terkini daripada Webull, platform dagangan itu menawarkan set bersepadu petikan masa nyata,maklumat pasaran dan berita kewangan.

Selain itu, platform tersebut turut menyediakan penyimpanan data industri, pandangan dan penilaian penganalisis termasuk sumber yang boleh dipercayai bagi untuk membantu pelabur membuat keputusan termaklum.

Kenneth berkata, Webull Malaysia juga menampilkan penunjuk syariah untuk membantu pelabur mengenal pasti status pematuhan syariah bagi saham sebelum mereka terlibat dalam sebarang transaksi.

Katanya, platform syarikat itu dapat memperkasa pelabur dari semua peringkat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dan mencapai matlamat pelaburan.

“Menyedari kepentingan pendidikan mengenai kewangan dan asas pelaburan yang bertanggungjawab, pelabur di Webull Malaysia juga akan mendapat akses kepada sumber dan alat pendidikan pelaburan melalui Webull Learn,” katanya.

Sementara itu, bagi pelabur yang ingin mempraktikkan kemahiran dagangan dan mensimulasikan strategi mereka,boleh menggunakan Paper Trading, simulator latihan dalam platform di mana pelabur boleh membeli dan menjual tanpa melibatkan wang sebenar.

Justeru, katanya, dengan melalui sumber pembelajaran terbaik dalam kelas dan kandungan yang boleh dikongsi di platform Webull Malaysia, pelabur boleh memperkembangkan lagi pelaburan.

“Dengan ini, kami menjangka dapat mengurangkan halangan untuk melabur yang dihadapi oleh pelabur di Malaysia dan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membina simpanan jangka panjang melalui peluang pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Webull Malaysia menawarkan yuran pembrokeran yang kompetitif untuk dagangan tanpa yuran platform.

“Untuk memperingati pelancarannya, syarikat kami menawarkan komisen sifar ke atas saham pada aplikasi Webull selama 180 hari selepas membuka akaun Webull Malaysia,”’

Katanya, pelabur juga boleh bertahan untuk mendapatkan lima saham Apple melalui kempen pendaftaran pelancaran Webull Malaysia. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya