PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melaporkan peningkatan trafik penumpang udara sebanyak 16.1 peratus pada suku pertama 2024 kepada 22.6 juta penumpang berbanding suku pertama 2023. Menurut kenyataannya, sorotan statistik menunjukkan corak perjalanan udara telah kembali kepada keadaan sebelum Covid-19 dalam kalangan penumpang Malaysia. Katanya, pendorong utama lonjakan ini adalah berikutan peningkatan trafik udara antarabangsa sebanyak 39.9 peratus tahun ke tahun, yang mencecah 11.9 juta penumpang. “Berbanding dengan suku keempat 2023, jumlah trafik penumpang udara pada suku tinjauan meningkat sebanyak 2.7 peratus suku ke suku, meskipun terdapat sedikit penurunan bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya